Suntikan vaksin negara catat rekod tertinggi

0
44

CYBERJAYA – Jumlah pemberian harian vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terus meningkat, sekaligus mencatatkan rekod tertinggi semalam, iaitu sebanyak 553,871 dos.

Sebelum ini, jumlah vaksinasi harian tertinggi yang direkodkan adalah 521,923 dos, kelmarin.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah yang dicatat semalam, seramai 356,112 individu menerima dos pertama.

“Manakala seramai 197,759 individu menerima dos kedua, sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka,”katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin Abu Bakar baru-baru ini mengumumkan langkah kerajaan mempelbagaikan portfolio vaksin dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), berjaya mempertingkatkan kadar vaksinasi negara hingga menjadikan Malaysia antara terpantas di dunia.

Menurutnya, kadar vaksinasi negara adalah tinggi berbanding Korea Selatan, Australia serta negara jiran lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here