Suntikan vaksin tertinggi dicatatkan semalam

0
31
Doktor yang bertugas memberikan suntikan vaksin kepada penerima di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Malaya.

CYBERJAYA –  Sebanyak 421,479 dos suntikan vaksin Covid-19 diberikan semalam iaitu jumlah tertinggi pernah diberikan dalam sehari.

Perkara itu disahkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba melalui perkongsian data Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) di laman Twitter.

Dr Adham berkata, berkata daripada jumlah itu, pemberian dos pertama adalah sebanyak 264,034 manakala dos kedua pula sebanyak 157,445 suntikan.

Sebelum ini, jumlah tertinggi untuk pemberian suntikan vaksin Covid-19 dalam sehari adalah 376,909 dos pada 9 Julai lepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here