
CYBERJAYA – Akses pengguna kepada beberapa aplikasi Malakat Eco kini dipermudahkan dengan pelancaran aplikasi bersepadu terbaharu iaitu Super Apps Malakat Eco.
Aplikasi yang boleh dimuat turun dari Play Store itu menggabungkan kesemua aplikasi dan pautan laman web berkaitan Malakat Eco seperti Malakat Mall Online Shopping, Malakat Grocer, KoPPIM, Adab.page dan Aishcool di atas satu platform.
Melalui aplikasi itu, pengguna boleh mengakses dengan lebih mudah aplikasi ketika berbelanja atau berurusan dengan syarikat milik Kumpulan Malakat Eco dan rakan strategik perniagaan yang menggunakan sistem sama.
Orang ramai boleh memuat turun aplikasi Super Apps Malakat Eco melalui PlayStore atau Apps Store di sini : https://bit.ly/DownloadMEcofb

