Syed Saddiq mengaku tidak bersalah

0
61
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan pecah amanah membabitkan nilai lebih RM1 juta.

Pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur itu dikemukakan mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 406 kanun sama, memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, media melaporkan siasatan ke atas Ahli Parlimen Muar itu telah dijalankan sejak Jun lalu selepas pihak berkuasa menerima aduan berhubung kehilangan wang berjumlah RM250,000 dalam simpanannya dipercayai wang milik parti politik yang mana beliau adalah ketua pemuda parti berkenaan.

Syed Saddiq sebelum ini mendakwa wang yang hilang di rumahnya di Petaling Jaya itu adalah wang peribadi milik beliau dan ibu bapanya.

Beberapa pemimpin pembangkang termasuk Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil turut hadir memberi sokongan kepada Syed Saddiq.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here