Syukur kerana Tuanku selalu beri kata semangat dan doa-Ustaz Ebit Lew

0
173
Ustaz Ebit Lew dan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa membantu mangsa banjir di Pahang baru-baru ini

CYBERJAYA – Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew melahirkan rasa syukur kerana Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selalu memberi kata semangat dan doa.

Terbaharu, Ustaz Ebit hari ini berkongsi surat ucapan takziah daripada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman Facebooknya.

“Disaat teramat rindukan bapak dan mak sangat dapat surat titah takziah.

“Patik Menjunjung kasih Tuanku KDYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong As-Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Al Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti AlMarhum Al Mutawakil Alallah Sultan Iskandar Al Haj.

“Rasa bersyukur sangat. Menjunjung kasih Tuanku. Rasa bersyukur kerana Tuanku selalu memberi semangat dan doa selama ini. Bahagia dapat mesej kata semangat dan doa. Daulat Tuanku Semoga Allah angkat covid dari negara kita dan pulihkan keadaan negara kita insyaAllah.,” kata Ustaz Ebit.

Surat berkenaan menzahirkan ucapan takziah Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong serta seluruh warga Istana Negara kepada Ustaz Ebit sekeluarga atas pemergian ayah tercinta, Allahyarham Ibrahim Lew yang meninggal dunia pada 13 Julai lalu.

Melalui surat yang ditandatangani oleh Setiusaha Sulit Kanan Kepada  Yang di-Pertuan Agong, Kolonel Datuk Nazim Mohd Alim itu, Istana Negara turut berdoa semoga Ustaz Ebit sekeluarga tenang dan tabah menghadapi dugaan yang berat itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here