Tabung NORIBA luluskan sejumlah RM72,300 pinjaman tanpa riba setakat hari ini

0
538
Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim memberi penerangan mengenai Bank Koperasi Tanpa Riba (Noriba) semasa majlis pelancaran di Malakat Mall. – FARIDJANUDIN/MT

CYBERJAYA – Tabung NORIBA yang telah membuka pinjaman wang secara tanpa riba sejak minggu lalu telah menerima sebanyak 939 permohonan daripada orang ramai setakat hari ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim, daripada jumlah itu sebanyak 723 permohonan telah diluluskan dan diberikan pinjaman sebanyak RM100.

“Setakat 9 pagi tadi kita menerima sebanyak 939 permohonan.

“Daripada jumlah itu 132 permohonan merupakan permohonan bertindih, 40 permohonan tidak lengkap, 767 permohonan tidak bermasalah, 723 permohonan telah diberi pinjaman dan 44 permohonan masih tertangguh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jumaat minggu lalu, Tabung NORIBA yang merupakan salah sebuah entiti di bawah Kumpulan Malakat Eco menyediakan pinjaman sebanyak RM100 khusus kepada golongan yang memerlukan dan terdesak akibat pandemik Covid-19.

Menurut Mohd Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil, peruntukan sebanyak RM200,000 disediakan untuk memberikan pinjaman kepada 2,000 peminjam yang layak.

Dalam pada itu, Coach Fadzil berkata, mana-mana pemohon yang memerlukan pinjaman masih boleh memohon menerusi pautan bit.ly/PinjamanRM100NoRiba.

Pada masa sama, Coach Fadzil juga mengajak orang ramai bersama-sama menyularkan sumbangan atau infaq ke tabung NoRiba dipautan bit.ly/SumbanganDanaNoRiba bagi membantu lebih ramai golongan yang memerlukan bantuan kewangan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here