Tabung NORIBA terima lebih 300 permohonan pinjaman RM100

0
863

Pinjaman Tabung NORIBA

CYBERJAYA- Tabung NORIBA telah menerima lebih 300 permohonan pinjaman tanpa riba RM100 daripada golongan yang terkesan akibat penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengasas Kumpulan Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim berkata, daripada jumlah berkenaan sebanyak 50 permohonan telah menerima (bank in) wang pinjaman dan baki permohonan yang lain akan disegerakan.

“Team kami dah bank in kepada 50 pemohon semalam. Insya-Allah kami akan segerakan bank in kepada pemohon yg lain. Satu rumah hanya satu permohonan.

Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim memberi penerangan mengenai Bank Koperasi Tanpa Riba (Noriba) semasa majlis pelancaran di Malakat Mall. – FARIDJANUDIN/MT

“Saya sebak bila tengok ramai yang memilih untuk membuat bayaran balik sebanyak 10 kali. Semoga Allah bantu saudara kita,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Semalam, Kumpulan Malakat Eco melalui Tabung NORIBA melancarkan kemudahan pinjaman tanpa faedah kepada golongan yang terkesan akibat penularan Covid-19 dan PKP.

Mohd Fadzil berkata, pinjaman sebanyak RM100 itu merupakan tawaran peringkat permulaan yang disediakan kepada mereka yang betul-betul memerlukan sebelum kemudahan itu dikembangkan untuk tujuan-tujuan lain.

Kaedah bayaran balik yang oleh dipilih pemohon

Katanya, jumlah pinjaman menggunakan dana infaq Projek NORIBA yang dimulakan sejak tahun lalu itu akan diperbesarkan dari semasa ke semasa bergantung kepada dana yang dikumpul dan dikembangkan.

Menurut Mohd. Fadzil, mereka yang ingin memohon pinjaman tanpa riba boleh klik link https://noriba.io/en/pinjaman-rm100/  dan mereka yang ingin menghulurkan sumbangan ketabung Noriba anda boleh salurkan sumbangan di link berikut https://noriba.io/en/product/noriba-infaq/

Dalam pada itu, Pegawai Khas Mohd Fadzil, Hailmy Rizuan berkata, dana NORIBA ketika ini iaitu RM120,000 dan tambahan daripada Kumpulan Malakat Eco untuk menjadikannya RM200,000 terhad kepada 2,000 pemohon terawal.

Pengarah Projek Khidmat Masyarakat Malakat Mall, Hailmy Rizuan (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima pada program sumbangan yang dianjurkan oleh Zero Hunger, Yayasan Brainy Bunch dan Malakat Mall di Puchong Perdana.

“Apabila kita lancarkan pinjaman ini, sambutannya amat baik. Ada yang ingin memohon dan ramai juga yang ingin memberikan sumbang. Kita bukan sahaja bantu orang tetapi, kita juga beri peluang kepada mereka yang ingin bersedekah.

“Alhamdulillah dana Tabung NORIBA semakin meningkat. Bagi memberikan bantuan yang lebih besar dan menyeluruh, kami. Me nyasarkan untuk mengumpul dana sebanyak RM1 juta sebulan pada masa akan datang.

“Jika dana terkumpul banyak, kita juga dalam perancangan untuk membuka tawaran pinjaman lebih besar termasuk pinjaman perniagaan. Buat masa sekarang kita masih belum ada kapasiti yang cukup,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here