Taliban hampir kuasai Helmand

0
221
Tentera Afghanistan bersiap sedia di kedudukan menanti ketibaan pejuang Taliban di Lashkar Gar.

KABUL – Kumpulan pejuang Taliban semakin hampir menguasai keseluruhan wilayah Helmand dengan hanya bandar Lashkar Gar masih dikuasai sepenuhnya oleh tentera kerajaan Afghanistan.

Menurut The Guardian, 13 daripada 14 daerah di wilayah itu kini sudah hampir jatuh sepenuhnya ke tangan Taliban.

Bagaimanapun, sumber kerajaan menyebut, tentera yang setia pada kerajaan masih bertahan di tengah 4 daerah iaitu Kajaki, Nad Al, Marjah dan Garmsir.

Menurut jurucakap pasukan polis Helmand, Mohammad Zaman Hamdard, pasukan tentera yang disokong unit komando dan pesawat sudah mula menggempur kedudukan pejuang Taliban.

“Maklumat mengatakan Taliban sudah berundur daripada beberapa kedudukan, namun pada ketika ini masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan,” katanya.

Beliau menambah, orang-orang awam di beberapa buah kampung di sekeliling Lashkar Gar turut menubuhkan pasukan pertahanan awam bagi membantu tentera kerajaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here