Tea Amo buka 4 cawangan wagon minggu depan

0
98
Kakitangan Tea Amo di wagon cawangan Warong Chatok, Cyberjaya yang dibuka Jumaat lalu.

CYBERJAYA – Empat lagi wagon jualan minuman berasaskan teh, Tea Amo akan mula beroperasi minggu depan menjadikan jenama milik Kumpulan Malakat Eco itu kini mempunyai 7 cawangan.

Pengurus Tea Amo, Muhammad Syafiq Ramdan berkata, empat cawangan terbaharu wagon Tea Amo yang semuanya akan beroperasi di pasar raya Aeon Big itu adalah di Shah Alam, Ampang, Klang dan Bandar Tun Hussein Onn.

“Insyallah kesemua wagon sudah berada di lokasi. Jika semuanya berjalan lancar mengikut jadual, Tea Amo akan beroperasi di Aeon Big Shah Alam pada 14 Julai ini, Ampang (15 Julai), Klang dan Bandar Tun Hussein Onn pada 16 Julai.

“Pada masa sekarang, kami sudah mempunyai tiga cawangan iaitu di Malakat Mall Cyberjaya, Malakat Mall Masjid Tanah dan terbaharu pada minggu lalu di depan Warong Chatok, Cyberjaya,”katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Sempena pembukaan outlet baharu itu, Tea Amo menawarkan promosi Beli 2 Percuma 1 set ‘Taufa Puding Paling Nikmat di Dunia’.

Syafiq berkata, Tea Amo merupakan jenama tea boba yang sudah lama popular dan menjadi antara produk paling killer di rangkaian perniagaan Malakat Mall dan Malakat Grocer.

Katanya, Tea Amo menawarkan kira-kira 40 jenis minuman antaranya ‘Taufa Brown Sugar Pearl’, ‘Taufa Royal Milk Tea’, ‘Mango Taufa’, ‘Mango strawberry’, ‘Chocolate Milk’, ‘Hazelnut Milk Tea’, dan ‘Rose Milk Taufa Brown Sugar’.

Antara menu-menu menarik yang ditawarkan Tea Amo.

“Orang ramai di seluruh Lembah Klang boleh mendapatkan produk ini dengan membuat tempahan melalui Food Panda,” katanya.

Tambah Syafiq, program usahawan Wagon Tea Amo itu diperkenalkan sebagai inisiatif Kumpulan Malakat Eco untuk membantu dan melahirkan usahawan.

Bulan lalu, Ketua Pegawai Operasi Malakat Food Sdn Bhd, Abdul Aziz Juhari mengumumkan kelompok pertama 24 buah wagon Tea Amo Kumpulan Malakat Eco akan mula beroperasi di sekitar Lembah Klang sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berakhir.

Program yang dilancarkan pada Februari lalu mendapat penyertaan lebih daripada 200 usahawan.

Wagon Tea Amo di Malakat Mall, Masjid Tanah, Melaka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here