Tea Amo kini di Bandar Tun Hussein Onn

0
65
Antara minuman yang menjadi kegemaran pelanggang di Tea Amo.

CYBERJAYA – Jenama minuman popular, Tea Amo milik Kumpulan Malakat Eco terus melebarkan sayap perniagaannya dengan pembukaan cawangan kelima di pasar raya Aeon Big Bandar Tun Hussein Onn (BTHO) hari ini.

Sempenan pembukaan outlet wagon itu, Tea Amo menawarkan 500 pek ‘Taufa Paling Nikmat di Dunia’ secara percuma kepada orang ramai.

Pengurus Tea Amo, Muhammad Syafiq Ramdan berkata, selepas lebih setahun beroperasi di Malakat Mall Cyberjaya dan Malakat Mall Masjid Tanah di Melaka, rangkaian perniagaan minuman berasaskan teh boba itu kini meluaskan pasaran di Lembah Klang.

Katanya, langkah yang merupakan sebahagian daripada Program Usahawan Tea Amo itu bermula minggu lalu dengan perasmian outlet di Warong Chatok, Cyberjaya; semalam di Aeon Big Shah Alam dan hari ini di Aeon Big BTHO.

“Pembukaan outlet baharu sebelum ini tergendala selepas pelaksanaan (lockdown) Perintah Kawalan Pergerakan Penuh dan sejurus selepas kebenaran untuk pasar raya beroperasi kami terus mengambil peluang ini.

“Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat baik terutama dalam kalangan pelanggan yang telah mencuba produk Tea Amo, sebelum ini,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Pelanggan berbelanja di wagon Tea Amo BTHO yang dibuka hari ini.
Pelanggan berbelanja di wagon Tea Amo BTHO, Cheras hari ini.

Syafiq berkata, mengikut perancangan syarikat, beberapa outlet lagi akan dibuka dalam masa terdekat iaitu di Aeon Big Klang dan Aeon Big Ampang.

“Kalau mengikut jadual, kita buka di Ampang dan Klang pada minggu ini namun atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan kami terpaksa tangguh dahulu.

“Ia tidak akan mengambil masa yang lama kerana semua wagon sudah ditempatkan di lokasi berkenaa,” katanya.

Sempena pembukaan outlet baharu itu juga, Tea Amo menawarkan promosi Beli 1 Percuma 1 kepada pelanggan yang sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 tanpa mengira dos kali pertama atau kedua.

“Hanya menunjukkan kad suntikan atau aplikasi MySejahtera kepada staf kami, anda automatik layak menebus minuman percuma Tea Amo menerusi promosi ‘Beli 1 Percuma 1,” katanya.

Tea Amo merupakan jenama tea boba yang sudah lama popular dan menjadi antara produk paling killer di rangkaian perniagaan Malakat Mall dan Malakat Grocer.

Jenama itu menawarkan kira-kira 40 jenis minuman antaranya Taufa Brown Sugar Pearl, Taufa Royal Milk Tea, Mango Taufa, Mango Strawberry, Chocolate Milk, Hazelnut Milk Tea dan Rose Milk Taufa Brown Sugar.

Out wagon Tea Amo di BTHO yang merupakan program keusahawanan anjuran Malakat Eco.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here