
CYBERJAYA – Jenama minuman segera berasaskan teh, Tea Amo akan melebarkan sayap dengan membuka cawangan terbaharunya di lima lokasi di pasar raya terkenal, AEON.
Pengurus F&B Malakat Food Sdn Bhd, Muzamir Ismail berkata, pembukaan kiosk tersebut akan menggunakan konsep wagon atau treler.
“Buat masa ini wagon-wagon ini telah di tempatkan di lima buah AEON di sekitar Lembah Klang.
“Bagaimanapun, buat sementara waktu ini wagon Tea Amo ini masih belum lagi beroperasi dan kami jangkakan ia akan mula menemui pelanggan pada minggu hadapan,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.
Menurut Muzamir, Tea Amo merupakan jenama teh boba yang sudah lama popular dan menjadi antara produk paling laris dijual di rangkaian perniagaan Malakat Mall dan Malakat Grocer.

Katanya, Tea Amo menawarkan kira-kira 40 jenis minuman antaranya ‘Taufa Brown Sugar Pearl’, ‘Taufa Royal Milk Tea’, ‘Mango Taufa’, ‘Mango strawberry’, ‘Chocolate Milk’, ‘Hazelnut Milk Tea’, dan ‘Rose Milk Taufa Brown Sugar’.
Beliau berkata, sempena pembukaan itu nanti pihaknya akan memberikan secara percuma 100 bekas Taufa Puding Paling Nikmat di Dunia.
Bulan lalu, Ketua Pegawai Operasi Malakat Food Sdn Bhd, Abdul Aziz Juhari mengumumkan kelompok pertama 24 buah wagon Tea Amo Kumpulan Malakat Eco akan mula beroperasi di sekitar Lembah Klang sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berakhir.
Menurut Abdul Aziz, antara lokasi wagon Tea Amo kelompok pertama adalah di Shell, Putrajaya; Shell Bandar Sri Permaisuri dan Shell Greenwood di Gombak.
Katanya, lokasi lain adalah di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) di sekitar Kuala Lumpur.-MT