
CYBERJAYA – Kumpulan Malakat Eco melalui rangkaian outlet minuman popularnya, Tea Amo kini menawarkan minuman percuma kepada pelanggan yang sudah menerima vaksin Covid-19 bagi setiap pembelian satu set minuman.
Pengurus Tea Amo, Muhammad Syafiq Ramdan berkata, promosi ‘Beli 1 Percuma 1’ itu ditawarkan kepada pelanggan yang sudah menerima suntikan vaksin tanpa mengira dos kali pertama atau kedua.
“Kali ini Tea Amo mahu memberikan ganjaran kepada penerima vaksin tidak kira, dos pertama atau kedua. Anda boleh dapatkan Tea Amo secara PERCUMA!
“Hanya menunjukkan kad suntikan atau aplikasi MySejahtera kepada staf kami, anda automatik layak menebus minuman percuma Tea Amo menerusi promosi ‘beli satu percuma satu’,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Muhammad Syafiq berkata, bagi tawaran itu, pelanggan boleh memilih salah satu daripada 9 jenis minuman dalam 2 menu utama iaitu Brown Sugar Pearl Series dan Milky Series.
Katanya, promosi itu boleh didapati di semua outlet Tea Amo iaitu di Malakat Mall Cyberjaya, Malakat Mall Masjid Tanah Melaka, Tea Amo Warong Chatok, Cyberjaya dan outlet yang baharu dibuka hari ini iaitu di Aeon Big Shah Alam.
Syafiq berkata, sempena pembukaan outlet wagon Tea Amo di Shah Alam hari ini, pihaknya menawarkan set 500 Taufa Paling Nikmat di Dunia secara percuma.
Sementara itu katanya, tiga lagi cawangan Tea Amo akan beroperasi pada minggu depan iaitu di pasar raya Aeon Big Ampang, Klang dan Bandar Tun Hussein Onn.
Tea Amo merupakan jenama tea boba yang sudah lama popular dan menjadi antara produk paling killer di rangkaian perniagaan Malakat Mall dan Malakat Grocer.
Jenama itu menawarkan kira-kira 40 jenis minuman antaranya ‘Taufa Brown Sugar Pearl’, ‘Taufa Royal Milk Tea’, ‘Mango Taufa’, ‘Mango strawberry’, ‘Chocolate Milk’, ‘Hazelnut Milk Tea’, dan ‘Rose Milk Taufa Brown Sugar’.

