Temasya Olimpik bermula!

0
69

TOKYO – Temasya Sukan Olimpik 2020 bermula secara rasmi dengan upacara pembukaan dilangsungkan di Stadium Olimpik Tokyo, hari ini.

Setelah tertangguh kira-kira setahun akibat Covid-19 yang melanda seluruh dunia, upacara pembukaan ini dilangsungkan di dalam stadium kosong tanpa penonton, kecuali kehadiran para atlet dan jemputan kehormat.

Antara yang hadir termasuk Maharaja Jepun, Maharaja Naruhito dan Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach.

Kontinjen Malaysia berarak masuk pada upacara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo, sebentar tadi.

Kontinjen Malaysia pada edisi kali ini diwakili oleh 30 atlet lelaki dan wanita yang akan mengambil bahagian dalam 10 acara sukan.

Mengetuai perarakan masuk kontinjen Malaysia adalah atlet acara badminton, Lee Zii Jia dan Goh Liu Ying selaku pembawa Jalur Gemilang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here