Thailand mula gabungkan dos vaksin Sinovac, AstraZeneca dalam program imunisasi

0
86

BANGKOK – Thailand akan mula menggunakan kombinasi vaksin Covid-19 sebagai salah satu strategi dalam program imunisasi rakyatnya.

Reuters melaporkan, strategi itu diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Anutin Charnvirakul hari ini.

Dalam pemberian dos kombinasi ini, kata Anutin, penerima akan menerima vaksin keluaran Sinovac dahulu diikuti dengan dos vaksin keluaran AstraZeneca sebagai dos kedua.

Beliau menambah, strategi ini dilaksanakan bagi melindungi penerima daripada dijangkiti varian Covid-19 yang lebih merbahaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here