Tiada jangkitan Covid-19 dalam kalangan jemaah haji

0
21
Para jemaah haji berjaya mematuhi langkah-langkah kesihatan yang telah ditetapkan secara meluas di semua tempat suci

JEDDAH- Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengumumkan tidak ada jangkitan Covid-19 atau penyakit lain dalam kalangan jemaah haji.

Ia selepas jemaah haji kali ini berjaya mematuhi langkah-langkah kesihatan yang telah ditetapkan secara meluas di semua tempat suci

Perkara berkenaan dimaklumkan jurucakap Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Dr. Mohammed Al-Abd Al-Aly seperti laporan sebuah agensi berita.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Letnan Kolonel Talal Al-Shalhoub berkata, lebih ramai anggota polis hadir untuk mengawasi langkah-langkah kesihatan Covid-19.

Semalam, Arab Saudi mengesahkan 14 kematian berkaitan COVID-19 dengan 1,273 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here