Tidak perlu tekan loceng, ambil sahaja barangan yang anda perlukan

0
230
Mohd. Alif Ibtisam Ab Wahab (kiri) menunjukkan antara barangan di gerobok rezeki yang diletakkan dihadapan rumahnya di Semenyih, Selangor

SEMENYIH – Tidak perlu tekan loceng rumah dan tidak perlu mengisi apa-apa borang, jika ada memerlukan barangan keperluan boleh ambil sahaja tanpa memaklumkan kepada tuan rumah.

Lebih menarik, gerobok rezeki inisiatif seorang usahawan muda, Mohd. Alif Ibtisam Ab Wahab itu terbuka untuk buat lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan parti politik.

Menurut Mohd Alif Ibtisam, mana-mana keluarga yang memerlukan barangan keperluan boleh datang secara terus di rumahnya di nombor 73 Jalan TPS 2/1 Taman Pelangi Semenyih.

Gerobok Rezeki di rumah Mohd Alif Ibtisam

“Gerobok rezeki ini diwujudkan bagi membantu mereka yang memerlukan, datang ambil sahaja. Barangan ini disediakan untuk semua tanpa mengira agama, bangsa dan parti politik.

“Alamat yang yang diberikan itu adalah rumah saya sendiri, mereka yang datang tidak perlu tekan loceng atau isi apa-apa borang, barangan keperluan saya letakkan di dalam rak di hadapan rumah

Barangan untuk diletakkan di gerobok rezeki di rumah Mohd Alif Ibtisam.

“Sejak diwar-warkan (gerobok rezeki) ramai yang datang ambil barang dan tunjuk kad pengenalan dan tanya ada borang perlu diisi atau tidak, semua itu tidak perlu,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Menurut Mohd Alif Ibtisam, barangan keperluan yang disediakan ialah beras, gula, minyak, telur, gandum, susu pekat, susu tepung, bawang, sardin, garam, kicap, sos cili da banyak lagi.

“Saya tidak menerima sumbangan berbentuk wang ringit, jika ada yang sudi untuk bekerjsama membantu mereka yang memerlukan boleh hantar barangan ke alamat yang dinyatakan.

“Alhamdulillah..rakan-rakan dan komuniti di kawasan kejiranan turut menyokong usaha yang dilakukan ini, semoga segala sumbangan ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here