Tidur bersama dalam satu bilik kerana ingin pergi ‘bersama’-Ustaz Ebit Lew

0
454
Gambar yang dikongsikan Ustaz Ebit Lew di laman Facebooknya

CYBERJAYA – Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri Palestin dan beberapa kementerian lain membina Cultural Exhibition of Heroism and Sacrifice di Gaza.

Menurut Ustaz Ebit, galeri atau muzium itu dibina bagi mengingatkan kembali apa yang berlaku di Gaza termasuk berapa ramai yang menderita akibat kezaliman terhadap negara berkenaan sejak sekian lama.

“Berapa ramai menderita akibat kezaliman mereka. Wanita dan kanak-kanak menderita dan syahid. Media yang dihapuskan demi menutup kezaliman dan mengelakkan keadilan dapat ditegakkan. 

Gambar-gambar yang menyentuh perasaan di galeri yang dibina

“Keturunan yang telah dihapuskan terus. Tiada sesiapa keluarga yang tinggal. Penjara terbesar didunia. Mereka bagai dipenjara,” katanya dalam hantaran terbaharu selepas tiba di Malaysia semalam.

Menurut Ustaz Ebit lagi, setiap keluarga di Gaza tidur bilik yang sama kerana mereka mahu pergi ‘bersama’. 

“Bila-bila masa bom atau nuklear. Dibadan sentiasa ada 1 beg kecil dah siap semua dokumen yang boleh dibawa pergi jika berlaku apa-apa. Begitulah hidup mereka.

“Terima kasih Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Wisma Putra. Terima kasih semua yang mendoakan dan bersama dalam misi ini. Semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here