3 Ahli Parlimen disahkan positif Covid-19

0
229
Presiden Umno, Zahid Hamidi Foto/ The Star

KUALA LUMPUR – Sebanyak tiga Ahli Parlimen dan 32 orang petugas Parlimen disahkan positif Covid-19.

Dua daripada Ahli Parlimen berkenaan adalah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Kesemua mereka dikesan positif dalam ujian saringan pada Jumaat lalu.

Sehubungan itu, beberapa orang lagi Ahli Parlimen yang menjadi kontak rapat kini sedang menjalani kuarantin sementara menunggu keputusan ujian saringan.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Terdahulu, Astro Awani melaporkan tiga Ahli Parlimen disahkan positif dalam ujian saringan Covid-19 semalam.

Berikutan itu, empat individu yang menjadi kontak rapat kini menjalani kuarantin di rumah.

Secara keseluruhan, sebanyak 7 Ahli Parlimen kini sedang menjalani kuarantin wajib.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here