Tokyo catat angka tertinggi kes baharu dalam masa 6 bulan

0
39

TOKYO – Angka kes baharu Covid-19 di Tokyo mencecah angka tertinggi dalam masa 6 bulan ini menjelang pembukaan temasya Sukan Olimpik 202o.

Menurut The Guardian, pada hari ini, sebanyak 1,979 kes baharu dilaporkan, angka tertinggi sejak Januari lepas.

Sementara itu, sebanyak 87 individu yang terlibat dengan temasya itu termasuk atlet disahkan positf setakat ini.

Pengumuman angka ini secara tidak langsung sedikit mencemarkan temasya sukan terbesar dunia itu yang sudah dicemari dengan kontroversi berikutan pengarah acara pembukaan yang dilaporkan mencerca Holocaust, dan tunjuk perasaan anti-Olimpik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here