Tonggak Harimau Malaya, Brendan Gan disahkan hidapi kanser testis

0
88
Brendan Gan

CYBERJAYA – Pemain tonggak Harimau Malaya, Brenda Gan mengejutkan peminat bola sepak tempatan apabila mendedahkan dirinya sedang berjuang dengan penyakit kanser testis.

Menerusi satu hantaran dalam laman Facebook miliknya, Gan berkata, berikutan itu dia telah menjalani satu pembedahan dan akan menjalani beberapa lagi siri rawatan selepas ini.

“Saya telah didiagnosis dengan kanser testis dan telah menjalani pembedahan dan selepas ini akan menjalani beberapa siri rawatan lain.

“Saya bersyukur kerana di kelilingi dengan insan yang sentiasa menyokong iaitu isteri dan Koko, mereka sentiasa memberikan motivasi untuk saya terus hidup.

“Selain itu, keluarga, rakan-rakan dan peminat bola sepak juga sentiasa berada di sisi untuk memberikan kata-kata semangat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Gan yang juga kapten pasukan Selangor FC berkata, dia akan kembali semula ke padang bola sepak untuk berjuang bersama pemain lain selepas sembuh.

Sementara itu, laman rasmi Facebook Selangor FC memaklumkan bahawa Gan telah berjaya menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ketumbuhan tersebut dan kini sedang dalam pemantauan pakar perubatan.

Katanya, walaupun diuji, pemain itu tetap optimis dan kuat.

“Semoga kita semua dapat terus mendoakan kesihatan dan memberikan privasi kepada Gan sepanjang tempoh pemulihannya.

“Dia juga tekad untuk kembali pulih secepat mungkin dan tidak sabar untuk kembali semula bersama pasukan. Seluruh warga SFC mendoakan agar Gan cepat sembuh dan memohon semua penyokong untuk mendoakan yang terbaik buatnya,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here