TPM dan menteri Kabinet berkumpul di kediaman Perdana Menteri

0
453
Kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin yassin di Bukit Damansara

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan menteri Kabinet hari ini berkumpul di kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara.

Menurut laporan Berita Harian, turut kelihatan memasuki kediaman Muhyiddin adalah kenderaan membawa Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Kehadiran menteri Kabinet yang lain tidak dapat disahkan memandangkan masing-masing menaiki kenderaan persendirian.

Selain itu, kenderaan membawa Peguam Negara (AG), Tan Sri Idrus Harun juga memasuki kediaman Perdana Menteri yang terletak di Jalan Setia Bakti 7 itu.

Pertemuan di kediaman Muhyiddin pagi ini dipercayai berkait kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tengah malam tadi yang memaklumkan menarik sokongan kepada Muhyiddin serta merta.

Ahmad Zahid juga menggesa Muhyiddin supaya meletak jawatan secara terhormat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here