Trafik tinggi, laman web pengambilan guru alami gangguan

0
25
Gambar fail. Seorang guru menunjukkan kata-kata semangat kepada pelajar sebelum memasuki ke dewan peperiksaan semasa hari pertama peperiksaan SPM 2020 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sunway.-foto/Farid Janudin

CYBERJAYA – Laman sesawang rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mengalami gangguan selepas ‘diserbu’ oleh pemohon yang berminat untuk berkhidmat sebagai guru.

Menurut SPP dalam satu kenyataan,
situasi itu berlaku susulan jumlah trafik yang sangat tinggi dan menyebabkan server mengalami gangguan capaian.

“Sehubungan itu, pemohon adalah dinasihatkan untuk melayari laman sesawang SPP dari semasa ke semasa,” katanya hari ini.

SPP hari ini membuka pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021 bagi 47 opsyen.

Sehubungan itu, pemohon boleh melayari laman sesawang rasmi SPP (https://www.spp.gov.my/hebahan.html) untuk maklumat lanjut.

Bagi permohonan pula boleh dibuat di https://myspp.spp.gov.my/ bermula hari ini sehingga 21 Julai ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here