Turki buka permohonan bagi rakyatnya dapatkan dos ketiga vaksin

0
25

ANKARA – Turki hari ini membenarkan individu di atas 50 tahun dan petugas kesihatan memohon untuk mendapatkan dos ketiga suntikan vaksin.

The Guardian melaporkan, perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan Turki, Dr. Fahrettin Koca dalam satu ciapan, hari ini.

“Rakyat yang berumur 50 tahun ke atas dan sudah menerima dua dos, dan para petugas kesihatan, boleh membuat permohonan untuk mendapatkan suntikan dos ketiga yang mereka mahu mulai esok,” kata ciapan itu.

Setakat ini, kajian belum membuktikan adanya keperluan untuk mendapatkan suntikan ‘booster’, walaupun satu kajian oleh Universiti Oxford mendapati, ia mampu menambah antibodi dan keman imun T-cell.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here