Turki kecam keputusan EU benar majikan larang pemakaian tudung

0
102
Gambar hiasan.

ANKARA – Turki mengecam keputusan Mahkamah Tinggu Kesatuan Eropah yang meluluskan kebenaran menghalang pekerja mengenakan pakaian bersimbolkan keagamaan termasuk bertudung.

Kementerian Luar Negeri Turki dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu merupakan satu bentuk diskriminasi dan menyekat amalan kebebasan beragama yang akan terus meningkatkan Islamopobia di Eropah.

Ankara turut menyifatkan tindakan berkenaan usaha untuk menindas umat Islam yang akan menimbulkan prasangka buruk terhadap wanita Muslim.

“Keputusan itu dibuat pada saat wanita Muslim di Eropah menjadi sasaran diskriminasi atas kepercayaan agama mereka,” kata kementerian itu seperti dilaporkan media luar negara.

Khamis lalu, Mahkamah Keadilan EU (ECJ) yang berpusat di Luxembourg memutuskan syarikat-syarikat di kesatuan itu boleh melarang pekerja memakai tudung dalam keadaan tertentu.

Kes itu dibawa ke mahkamah oleh dua wanita di Jerman yang digantung kerja setelah mereka mula memakai hijab.

Kedua-dua wanita itu yang merupakan penjaga keperluan khas di pusat jagaan kanak-kanak di Hamburg yang tidak memakai tudung ketika mula-mula bekerja.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka memutuskan untuk melakukannya bertahun-tahun kemudian selepas bercuti.

Manakala satu lagi kes melibatkan Samira Achbitam, dipecat daripada jawatannya sebagai penyambut tetamu oleh syarikat keselamatan selepas bertegas untuk bertudung.

Achbita tewas dalam samannya di dua mahkamah di Belgium.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here