UAE beri status kewarganegaraan kepada 5,000 rakyat Israel

0
558
Gambar hiasan salah satu daripada kota utama UAE yang menjadi rumah kedua pelabur dan usahawan Israel di negara itu.

DUBAI – Kerajaan Emeriah Arab Bersatu (UAE) sejak tiga bulan lalu telah memberikan kewarganegaraan kepada kira-kira 5,000 rakyat Israel melalui program perlindungan pelabur dan ahli perniagaan dari negara haram itu.

Pendedahan itu dilakukan oleh laman web Emirates Leaks baru-baru ini, tidak lama selepas pembukaan dua kedutaan Israel di negara itu iaitu di Dubai dan Abu Dhabi.

Pengiktirafan itu sekali gus mengubah undang-undang berkaitan pemberian status kewarganegaraan oleh negara-negara Arab di Teluk Parsi.

Sumber juga mendakwa, pemilikan status kewarganegaraan itu memberi banyak kelebihan kepada golongan pelabur dan usahawan Israel kerana diberikan tanpa perlu melucutkan kewarganegaraan pertama.

Status warganegara itu juga dalam kata lain memberi kelebihan kepada penerima untuk berada di mana-mana negara Arab dan melintasi Teluk Parsi tanpa visa sebelum ketibaan.

Perdana Menteri, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum yang sedang menarik kewarganegaraan luar untuk memajukan Dubai.

Tindakan UAE itu merupakan sebahagian daripada rancangan memberi kewarganegaraan kepada warga asing yang terlibat dalam sektor penting ekonomi sebagai usaha merangsang ekonomi di tengah-tengah pandemik Covid-19.

Selain itu, keterbukaan dasar kerajaan negara Teluk Parsi itu juga dilihat semakin mengetepikan undang-undang agama Islam termasuk cadangan merombak larangan penggunaan alkohol dan membenarkan pasangan yang belum berkahwin tinggal bersama.

Langkah UAE turut diikuti beberapa negara Arab termasuk Bahrain yang ‘terperangkap’ dengan langkah normalisasi hubungan dengan Barat dan Israel melalui perjanjian dengan bekas Presiden Amerika Syarikat sebelum ini, Donald Trump.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here