UMNO tolak Anwar sebagai PM, tiada jajaran politik baharu dengan PH

0
254
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

CYBERJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa parti itu tidak akan mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri yang baharu.

Beliau berkata, pada masa sama, parti itu juga tidak akan menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) atau DAP untuk mewujudkan sebuah kerajaan baharu yang ditunjangi oleh PH.

“Keputusan ini adalah sebagai mempertegaskan keputusan Majlis Kerja Tertinggi yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 untuk tidak mencalonkan Anwar sebagai Perdana Menteri atau kerajaan yang ditunjangi DAP, PH atau PH lead government.

Sebelum ini tersebar khabar angin bahawa akan berlaku jajaran baharu politik sekiranya UMNO menarik diri daripada bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

Jajaran baharu itu dikaitkan dengan kerjasama parti tersebut bersama parti komponen di dalam PH termasuk DAP.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here