
CYBERJAYA- Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew selamat tiba di Malaysia selepas selesai menjalankan misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin.
Ustaz Ebit dalam hantaran di Facebooknya semalam mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan dan keselamatan beliau dan kumpulannya.
“Terima kasih Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Wisma Putra serta Kedutaan Besar Malaysia di Mesir. Terima kasih semua yang selalu mendoakan ya.
“Allah sahaja yang membalasnya. Jika ada kebaikan atas yang kami buat berkat doa semua,” katanya dalam hantarabn berkenaan.
Sebelum ini Ustaz Ebit berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan dengan menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel.
Menurut Ustaz Ebit, beliau bersama kumpulannya kini menjalani kuarantin di tempat yang ditentukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).