Vaksinasi negara capai 17 juta

0
21
Adham
Adham Baba

KUALA LUMPUR – Jumlah pemberian vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sejak dimulakan pada 24 Februari lepas hingga Ahad mencecah 17,317,553 dos suntikan di seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian dalam Twitter berkata, setakat jam 11.59 malam Ahad jumlah keseluruhan populasi yang telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin adalah 5,519,845 atau 16.9 peratus.

“Sementara itu, 36.1 peratus atau 11,797,708 lagi telah mendapat suntikan dos pertama vaksin,” katanya dalam perkongsian tersebut.

Bagi vaksinasi harian, Dr Adham berkata, 399,135 dos diberikan pada Ahad merangkumi 281,481 individu menerima suntikan pertama dan 117,654 penerima dos kedua.

“Bagi status pendaftaran vaksin pula, ia merekodkan perkembangan baik apabila 79.8 peratus sudah berbuat demikian iaitu meliputi 19,919,192 orang,” katanya.

Sementara itu, sejumlah 6.1 juta populasi dewasa di Kuala Lumpur dan Selangor disasarkan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 menjelang 1 Ogos ini.

berkata, data daripada Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) itu merekodkan, seramai 3.5 juta sudah menerima satu dos setakat 15 Julai lalu.

“Sejumlah 272,000 pemberian vaksin akan dilaksanakan secara harian di Lembah Klang itu,” katanya dalam Twitter beliau hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here