
GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO) menjangkakan varian Delta akan menjadi dominan di seluruh dunia, hanya dalam masa beberapa bulan lagi.
Menurut AFP, jangkaan itu terkandung dalam laporan mingguan epidemiologik yang dikeluarkan oleh oleh WHO.
Kata laporan itu lagi, ketika ini varian Delta telah ditemukan di 124 negara.
“Setakat ini, sebanyak 3.4 juta kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh dunia dalam tempoh seminggu berakhir 18 Julai lepas.
“Angka ini menunjukkan pertambahan sebanyak 112 peratus daripada seminggu sebelumnya,” kata laporan itu lagi.
“Pada kadar ini, WHO menjangkakan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di seluruh dunia boleh melebihi 200 juta kes dalam masa tiga minggu akan datang,” katanya lagi.
Setakat ini, negara yang menunjukkan peningkatan angka kes yang mendadak adalah Indonesia, dengan 350,273 kes atau 44 peratus daripada minggu sebelumnya, diikuti Britain dengan 296,447 kes (41 peratus), dan Brazil dengan 287,610 kes (14 peratus).