
CYBERJAYA – Penerima vaksin Covid-19 dibenarkan merekodkan video ketika menerima suntikan vaksin.
Kebenaran itu diumumkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, hari ini.
Beliau berkata, kebenaran itu dioberikan supaya setiap penerima mempunyai bukti kukuh mendapat kadar vaksin yang sempurna.
“Untuk tidak berlaku apa-apa keraguan, saya telah mengarahkan pertamanya seperti biasa kita pastikan SOP sedia ada untuk (petugas kesihatan) tunjuk penerima vaksin picagari sudah diisi kuantiti (vaksin) sempurna sebelum suntikan.
“Kedua, kebenaran dari saya dan Menteri Kesihatan, kalau ada arahan tidak diberikan kemudahan ini, penerima vaksin boleh video penerimaan suntikan mereka,” kata Khairy pada sidang akhbar harian PICK.
Beliau menjelaskan, rakaman video itu nanti akan menjadi bukti kukuh bahawa vaksin yang sempurna telah diberikan.
Khairy kemudiannya menambah, kebenaran itu juga diberikan supaya tidak menganggu perjalanan program PICK ketika ini.