Wagon Tea Amo mendarat di PPV MITEC

0
45
Produk Tea Amo yang semakin mendapat tempat di pasaran Lembah Klang.

CYBERJAYA – Jenama minuman popular, Tea Amo milik Kumpulan Malakat Eco terus melebarkan sayap perniagaannya dengan pembukaan cawangan ketujuh di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.

Sempena pembukaan outlet wagon itu, Tea Amo menawarkan 500 pek ‘Taufa Paling Nikmat di Dunia’ secara percuma kepada orang ramai.

Pengurus Tea Amo, Muhammad Syafiq Ramdan berkata, selepas lebih setahun beroperasi di Malakat Mall Cyberjaya dan Malakat Mall Masjid Tanah di Melaka, rangkaian perniagaan minuman berasaskan teh boba itu kini meluaskan pasaran di Lembah Klang.

Katanya, Program Usahawan Tea Amo (wagon) bermula pada 9 Julai lalu dengan perasmian outlet di Warong Chatok, Cyberjaya; diikuti pembukaan di Aeon Big Shah Alam dan Aeon Big Bandar Tun Hussein Onn (BTHO) pada 15 Julai dan Aeon Big Klang, semalam.

Pelanggan Tea Amo bergambar pada hari pertama pembukaan wagon minuman tea boba itu di PPV – MITEC .

“Pembukaan outlet baharu di PPV MITEC ini diharap akan dapat memperkenal dan memperluaskan lagi jenama Tea Amo di Lembah Klang.

“Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat baik daripada pelanggan termasuk yang belum pernah mengenal jenama ini,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Sempena pembukaan outlet baharu itu di MITEC, pihaknya menawarkan potongan harga 50 peratus bagi setiap pembelian manakala tambahan 10 peratus kepada petugas barisan hadapan atau frontliners.

“Bagi pemberian 500 taufa percuma, ia masih boleh diperolehi kerana masih belum dihabiskan petang ini,” katanya.

Syafiq berkata, mengikut perancangan syarikat, dua outlet lagi akan dibuka dalam masa terdekat iaitu di Aeon Big Wangsa Maju dan Aeon Big Kepong.

“Jika semuanya berjalan lancar ia tidak akan mengambil masa yang lama kerana semua wagon sudah ditempatkan di lokasi berkenaa,” katanya.

Tea Amo merupakan jenama tea boba yang sudah lama popular dan menjadi antara produk paling killer di rangkaian perniagaan Malakat Mall dan Malakat Grocer.

Jenama itu menawarkan kira-kira 40 jenis minuman antaranya Taufa Brown Sugar Pearl, Taufa Royal Milk Tea, Mango Taufa, Mango Strawberry, Chocolate Milk, Hazelnut Milk Tea dan Rose Milk Taufa Brown Sugar.

Petugas frontliner layak menikmati tambahan potongan harga 10 peratus bagi setiap pembelian.
Wagon Tea Amo di MITEC yang terletak di depan Dewan 4.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here