Wanita rentung dalam Perodua Kancil di Selayang

0
351
Kebakaran kereta Perodua Kancil di Bandar Baru Selayang awal pagi tadi. – Foto Bomba

CYBERJAYA – Mayat seorang wanita ditemukan dalam keadaan rentung dalam sebuah kereta di Bandar Baru Selayang awal pagi tadi.

Wanita yang belum dapat dikenal pasti identitinya itu ditemukan di tempat duduk pemandu kereta jenis Perodua Kancil dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 pagi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, selepas menerima panggilan pada pukul 4.25 pagi, sepasukan bomba yang dianggotai 8 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba, bomba dapati api sudah marak, kira-kira 40 peratus di bahagian dalam.

“Setelah membuat pemadaman, seorang wanita ditemukan di tempat duduk pemandu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, mayat diserahkan ke bahagian forensik bagi tindakan selanjutnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here