Warga emas 60 tahun ke atas boleh walk-in ambil vaksin

0
55

Gambar hiasan we

CYBERJAYA – Warga emas yang berumur 60 tahun ke atas di Selangor dan Kuala Lumpur boleh mendapatkan vaksin Covid-19 secara terus (walk-in) bermula hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ini kerana berdasarkan data
pihaknya mendapati masih ramai golongan tersebut belum menerima vaksin Covid-19.

“Projek rintis di Selangor kepada individu berusia lebih 50 tahun dan untuk mendapatkan vaksin secara ‘walk in’ kerana ada lagi data menunjukkan (individu) berumur 60 tahun belum dapat vaksin,” katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung hari ini.

Dalam pada itu, Dr Adham berkata, pendekatan yang sama juga akan dibuat negeri lain dalam masa terdekat ini.

Selain itu, Dr Adham berkata, seramai 3,483 pengamal perubatan am swasta (GP) di Selangor dan Kuala Lumpur dibenarkan menyertai pemberian vaksin.

Katanya, angka itu masing-masing sebanyak 2,229 GP di Selangor, manakala 1,254 GP di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, sehingga kini sebanyak 700 GP sudah pun menjalankan vaksinasi di Selangor dan Kuala Lumpur.

Dr Adham berkata, jangkaan jumlah vaksin boleh diberikan melalui perkhidmatan GP di Selangor, Kuala Lumpur dan hospital swasta mampu mencecah 300,000 dos sehari.

Katanya, jangkaan itu mengambil kira jangkaan setiap GP memberi 100 dos sehari.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here