Waris mangsa Covid-19 boleh mohon khairat kematian RM1,000

0
41
Menteri Besar Selangor

CYBERJAYA – Waris atau keluarga mangsa Covid-19 diminta segera memohon bantuan khairat kematian sebanyak RM1,000 yang dibuka Kerajaan Negeri Selangor sehingga 12 Ogos ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, inisiatif melalui Pakej Kita Selangor 2.0 itu boleh dimohon menerusi laman sesawang http://www.selangorprihatin.com.

“Kerajaan Negeri menginsafi nasib ahli keluarga yang kehilangan orang tersayang akibat Covid-19. 

“Oleh itu, bantuan khairat kematian berjumlah RM1,000 boleh dimohon dan diharap dapat meringankan beban mereka,” katanya di laman Facebook hari ini.

Kerajaan Selangor memperuntukkan RM1.5 juta bagi tujuan itu dengan menyasarkan 1,500 keluarga bakal menerima manfaat tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here