WHO tolak campuran dua jenis vaksin Covid-19

0
44
Soumya Swaminathan

GENEVA – Penggunaan dua dos vaksin Covid-19 berbeza walaupun didakwa mempunyai kadar keberkesanan yang lebih tinggi ditolak oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sebagai maklum balas kepada kaedah vaksinasi campuran itu, Ketua Saintisnya, Soumya Swaminathan menyifatkannya sebagai satu trend yang berbahaya.

Beliau berkata, kaedah vaksinasi yang mungkin dianggap oleh sesetengah pengamal perubatan sebagai perlindungan ‘berganda’ itu masih tidak mempunyai bukti yang lengkap untuk dipraktikkan.

Katanya, walaupun kajian mengenainya sedang dijalankan tetapi dunia masih belum mempunyai data yang lengkap untuk dinilai.

“Kita perlu menunggu hasil kajian mengenai penggunaan vaksin bercampur ini. Ia mungkin memberi kesan yang baik tapi ia masih belum dipastikan,” katanya.

Namun, ujar Swaminathan, ketika ini pihaknya hanya mempunyai data tentang kegunaan dua dos vaksin Covid-19 yang berbeza iaitu Oxford/AstraZeneca dengan Pfizer.

Justeru katanya, amalan yang kelam-kabut akan berlaku jika orang ramai mula membuat keputusan bila dan siapa yang akan menerima dos kedua, ketiga dan keempat vaksin Covid-19.

Pada bulan lalu, Canselor Jerman, Angela Merkel menerima dos kedua Moderna setelah menerima suntikan pertama AstraZeneca bagi menghalang penularan Covid-19 di negaranya.

Pakar-pakar percaya dua dos vaksin yang berlainan itu merupakan idea baik kerana ia memberikan imuniti lebih lama terhadap daya tahan badan ketika menentang Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here