Yayasan Afiz Ayub: Kami tidak pernah letak harga urus jenazah

0
1039
Pasukan amal Yayasan Afiz Ayub.

CYBERJAYA – Yayasan Afiz Ayub melalui pasukan amalnya tidak pernah meletakkan sebarang harga untuk pengurusan jenazah termasuk kematian akibat Covid-19.

Pengasasnya, Afiz Ayub berkata, pihaknya juga tidak pernah membuat ‘onar’ di tempat pengurusan jenazah kecuali ada salah guna kuasa dan penipuan waris untuk keuntungan.

“Baru-baru ini terlalu banyak ‘call’ saya dari pihak hospital, jabatan agama, waris, casket dan beberapa NGO yang tanya adakah saya berkolaborasi dengan mana mana NGO.

“Ada yang fitnah dah tuduh saya bergaduh di hospital dan sebagainya. Jujur saya kata itu bukan dari pihak saya dan kami sama skali tidak pernah membuat onar di mana mana.

“Baru baru ini banyak cerita hangat mengenai kes Covid-19 dan nama saya di kaitkan dan ramai jual nama saya,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Menurut Afiz, pasukannya juga tidak ‘bergerak’ dengan mana-mana NGO termasuk dakwaan pihaknya mengemis meminta sedekah.

“Sebagai contoh, satu jenazah yang meninggal di satu hospital, apabila waris menggunakan perkhidmatan saya, sewaktu tiba mengambil mayat itu .

“Jenazah berkenaan telah diambil oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menggunakan nama Afiz Ayub Foundation dan akhirnya waris di cas RM 850,” katanya.

Selain itu katanya, jika mahu mengenali pasukannya amat senang kerana Yayasan Afiz Ayub hanya menggunakan MPV seperti Vellfire, starex, estima, iveco dan tanpa menggunakan Van. 

“Kenapa kami tidak menggunakan van kerana saya nak memberi keselesaan kepada waris dan para pemandu saya. Jadi jika kalian tak pasti atau mahukan lebih details, lihat sahaja di kenderaan saya pasti ada sticker Afiz Ayub & Team AA.

“Saya tidak pernah cas waris mahupun ambil sedekah dari waris kecuali mereka sedekah sendiri kepada para volunteers. 

“Jika ada yang terus masuk melalui ‘Duit now’ melalui nombor telefon saya, pasti saya mesej kembali kepada penderma dan secara pantas saya sedekah kembali untuk anak yatim piatu dan seangkatan. 

“Polisi saya jelas, tiada wang tunai mahupun bayaran cukup sekadar doa dan dan pemberian barang untuk saya wakil amanahkan pemberian kalian kepada penerima,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here