Yayasan Brainy Bunch sumbang barang keperluan kepada rumah kebajikan di Klang

0
30
Ustaz Aden (hadapan) bersama kakitangan Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch menyampaikan sumbangan kepada wakil Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita Darul Wardah, Jalan Kebun, Klang, baru-baru ini

CYBERJAYA – Prihatin dengan nasib golongan yang memerlukan terutamanya ketika negara dilanda wabak Covid-19, Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch menerusi Yayasan Brainy Bunch menyampaikan sumbangan kepada Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita Darul Wardah, Jalan Kebun, Klang, baru-baru ini.

Menurut Pengetua Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch, Mohammad Ali Nurdin, bantuan berupa bahan makanan dan keperluan harian itu merupakan sumbangan daripada orang ramai terutamanya ahli keluarga pelajar Brainy Bunch.

“Kami mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan semua pihak dalam menjayakan program ini.

“Untuk makluman semua, Tabung Sadaqah Jumaat ini akan dibuka sepanjang minggu dan kutipan pada setiap minggu kemudiannya akan diserahkan kepada mana-mana rumah kebajikan yang memerlukan,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Barangan sumbangan yang dhantar ke rumah kebajikan itu

Mengulas lanjut, beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Aden berkata, orang ramai yang berhasrat untuk bersama-sama menyumbang boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Yayasan Brainy Bunch 562889104875.

Tabung Sadaqah Jumaat

“Kami mengucapkan terima kasih di atas sumbangan semua pihak semoga Allah membalasnya dengan memberikan ganjaran rezeki yang berpanjangan dan melimpah ruah,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here