Zahid Hamidi tidak mahu jawatan Perdana Menteri

0
362
Datuk Seri Zahid Hamidi

CYBERJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak berhasrat mencalonkan diri sebagai Perdana Menteri bagi memberi tumpuan kepada kes mahkamah yang dihadapinya.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan hari ini.

“Presiden UMNO sudah menyatakan bahawa beliau berjiwa besar untuk tidak dicalonkan selaku PM kerana mahu menumpukan kepada membersihkan namanya di mahkamah dan akan mencadangkan beberapa nama yang akan diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

“UMNO tidak ketandusan pemimpin termasuklah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan ramai lagi yang punya pengalaman luas sebagai anggota pentadbiran zaman Barisan Nasional (BN) memerintah,” katanya.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Semalam Ahmad Zahid mengumumkan UMNO menarik semula sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mendesak beliau meletakkan jawatan kerana gagal menangani krisis yang berlaku dalam negara.

Keputusan itu sekali gus menyebabkan status kerajaan sekarang menjadi tanya berikutan tiada majoriti.

Dalam pada itu, mengulas mengenai situasi jika Perdana Menteri terus enggan meletakkan jawatan, katanya, kedudukan beliau akan terjawab setelah tamatnya darurat tamat pada 1 Ogos ini.

Katanya, kedudukan beliau akan ditentukan oleh Dewan Rakyat yang mula bersidang untuk menentukan secara sah samaada beliau masih punya majoriti ataupun tidak.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here