
TOKYO – Lee Zii Jia berjaya melangkah ke pusingan kalah mati acara perseorangan lelaki setelah memperoleh kemenangan kedua dalam perlawanan peringkat kumpulan M sebentar tadi.
Zii Jia, yang juga juara Kejohanan All England 2021 hanya memerlukan 35 minit sahaja untuk menundukkan pemain Perancis, Brice Leverdez 21-17, 21-5.
Kemenangan ini umpama ‘balas dendam’ terhadap pemain Perancis itu yang pernah menewaskan Datuk Lee Chong Wei dalam pusingan awal Kejohanan Dunia pada 2017.
Set pertama berlangsung agak seimbang, namun Zee Jia lebih banyak memanfaatkan peluang untuk meraih mata demi mata.
Pada set kedua, dominasi Zee Jia lebih ketara dengan meraih mata demi mata menyebabkan Leverdez umpama hilang punca.
Dalam perlawanan pertama pada Ahad lepas, Zee Jia menewaskan pemain Ukraine, Artem Pochtarov juga dalam straight set.
Dalam pusingan kalah mati esok, Zee Jia akan bertemu dengan pemain China, Chen Long, yang menjuarai kumpulan N.