Ziarah Pak Lah: Annuar Musa dikompaun RM2,000

0
86
Tan Sri Annuar Musa

CYBERJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dikenakan kompaun RM2,000 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara itu disahkan oleh Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan hari ini.

“Berkaitan kunjungan Tan Sri Annuar Musa, ke Bait Badawi (kediaman Tun Abdullah Badawi) pada Sabtu lalu, beliau sudah menerima kompaun daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Beliau menjelaskan kompaun terbabit secepat mungkin,” katanya.

Kelmarin, Annuar memuat naik hantaran di Twitter berhubung ziarah dilakukan ke rumah Tun Abdullah.

“Hari ini kami suami isteri ambil peluang ziarah Tun Abdullah Badawi dan Tun Jeane Abdullah di kediaman mereka di Bait Badawi di Kuala Lumpur,”ciapnya.

Ciapan itu mengundang kecaman netizen dan memohon tindakan diambil oleh pihak berkuasa terhadap perbuatan itu kerana melanggar SOP PKP yang sedang berkuat kuasa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, mengesahkan tindakan penguat kuasaan terbabit.

“Beliau (Annuar) dikompaun RM2,000 kerana melakukan kesalahan mengikut Peraturan 17, Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan Pelan Pemulihan Negara 2021,” katanya memetik laporan Berita Harian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here