Zii Jia tewas kepada Cheng Long, gagal ke suku akhir

0
67
Lee Zii Jia

TOKYO – Faktor pengalaman membezakan permainan antara pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia yang tewas kepada pemenang pingat emas di Sukan Olimpik Rio, Cheng Long dalam pusingan kalah mati sebentar tadi.

Dalam aksi di Musashino Forest Sport Plaza itu pemain berusia 23 tahun itu tewas dengan keputusan tiga set 21-8, 19-21 dan 5-21 kepada pemain berusia 32 tahun itu.

Bagaimanapun, Zii Jia bermula dengan langkah kanan apabila memenangi set pertama dengan menang 21-8 ke atas Cheng Long.

Memasuki set kedua, Zii Jia yang mengalami kecederaan di bahagian pergelangan tangan kanan pada awal permainan ketika menyambut bulu tangkis daripada Chen Long tewas dengan keputusan 19-21.

Di set ketiga, Cheng Long membuktikan pengalaman bermain di tiga temasya Olimpik membezakan antara mereka apabila mudah membelasah Zii Jia dengan hanya membenarkan pemain perseorangan utama negara itu mendapat lima mata sahaja.

Keputusan itu menyaksikan Chen Long akan berdepan Chou Tien Chen dari Taiwan, esok.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here