11 sektor ekonomi termasuk kedai gunting rambut, sukan dibenarkan buka esok

0
255

Gambar arkeb. Pengusaha Lam’s Barber Shop, Mohd Nur Salam Anuar, 24 mengemas dan membersihkan peralatan mengikut Prosedur operasi standard (SOP) bagi perkhidmatan gunting rambut di Bandar Baru Selayang. Kerajaan mengumumkan pembukaan operasi bagi perkhidmatan gunting rambut bermula 10 Jun ini. – Foto Farid Janudin

CYBERJAYA – Bermula esok sebanyak 11 sektor ekonomi dalam sektor perdagangan dan pengedaran dibenarkan dibuka semula di negeri yang dikategorikan di bawah fasa satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, 11 sektor itu ialah kedai cuci kereta, edai elektrik dan elektronik, kedai barangan rumah dan peralatan dapur, kedai perabot, kedai peralatan sukan, kedai aksesori kereta, pusat pengedaran dan jualan kereta, pasar pagi dan pasar tani sahaja, kedai pakaian, fesyen dan aksesori, kedai barang kemas dan kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan.

“Bagi kedai pakaian, fesyen dan aksesori; kedai barang kemas; serta kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja), terdapat prosedur operasi standard (SOP) kesihatan tambahan yang mesti dipatuhi.

Gambar hiasan. Ruang kedai TGM Tegomen Homme di Malakat Mall.

“Ia termasuklah memakai sarung tangan, menghadkan masa urusan antara pekerja dan pelanggan serta tidak membenarkan penggunaan fitting room. SOP ini mungkin merumitkan tetapi ia demi keselamatan pekerja dan pelanggan.

“Pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula ini juga perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara penerima vaksin COVID-19 menerima suntikan vaksin sempena Program Vaksinasi Bergerak Wilayah Prihatin di PPR Perkasa, Jalan Cochrane. Foto / FaridJanudin

Mengulas lanjut, Muhyiddin turut mengingatkan bahawa vaksinasi lengkap ialah 14 hari selepas tarikh suntikan dos kedua bagi vaksin jenis dua dos, dan 28 hari selepas tarikh suntikan bagi vaksin jenis satu dos.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here