12 kit ujian kendiri Covid-19 dapat kelulusan bersyarat

0
27
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) setakat hari ini telah mengesahkan kelulusan bersyarat 12 kit ujian kendiri Covid-19 menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kit untuk kegunaan orang awam itu boleh dibeli di farmasi komuniti berlesen dan fasiliti kesihatan yang dibenarkan MDA.

Katanya, pengguna perlu memastikan kit ujian kendiri Covid-19 yang telah mendapat kebenaran pengimportan dan pengedaran dari MDA.

Untuk jualan, kit ujian kendiri itu boleh dibuat dalam bentuk pek individu atau pek multi kit dan hendaklah memenuhi keperluan perlabelan.

Berikut adalah senarai kit ujian kendiri Covid-19 seperti yang disiarkan di laman Facebook MDA.

  1. Salixium-COVID-19 Rapid Antigen Rapid Test (Saliva/ Nasal Swab Samples)
  2. Gmate® COVID-19 Ag Saliva for Home Use
  3. BERIGHT-COVID-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid)
  4. ALLTest COVID-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid)
  5. JusChek COVID-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid).
  6. Longsee 2019-nCoV Ag & Influenza A/B Rapid Co-Detection Kit (Immunochromatography)
  7. Sichuan Xincheng SARS-CoV-2 Antigen Assay
  8. Flowflex™ SARS-CoV-2 Antigen Rapid Test (Self-testing)
  9. STANDARD™ Q COVID-19 Ag Saliva Home Test
  10. ProDetect™ COVID-19 Antigen Rapid Self-Test (Saliva)
  11. NEWGENE Bioengineering COVID-19 Antigen Detection Kit
  12. COVID-19 Antigen Detection Kit (Colloidal Gold) Self Test Kit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here