14 negara Kesatuan Afrika tolak Israel

0
133
Gambar hiasan

AFRIKA – Sebanyak 14 buah negara di dalam Kesatuan Afrika (AU) mempertimbangkan akan membentuk blok baharu bagi menolak keanggotaan negara haram Israel sebagai pemerhati dalam kesatuaan dianggotai 55 negara itu.

Cadangan menolak penyertaan Israel itu dipersetujui oleh Algeria, Afrika Selatan, Tunisia, Eritrea, Senegal, Tanzania, Niger, Kepulauan Comoro, Gabon, Nigeria, Zimbabwe, Liberia dan Seychelles.

Penolakan itu diputuskan bagi memelihara prinsip-prinsip kesatuan dan sebagai tanda sokongan kepada negara Palestin.

Menteri Luar Negeri Algeria, Ramtane Lamamra sebelum ini berkata, negara itu tidak akan berdiam diri sekiranya Israel dibenarkan menyertai blok tersebut.

Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Kementerian Hubungan Antarabangsa dan Kerjasama Namibia, Penda Naanda menolak dengan tegas mengenai keputusan AU untuk memberikan status pemerhati kepada negara penjajah itu.

“Pemberian status pemerhati kepada penjajah bertentangan dengan prinsip dan objektif Undang-Undang Perlembagaan Kesatuan Afrika,” kata dalam satu kenyataan.

Naanda berkata, pemberian status pemerhati kepada Israel pada ketika negara itu melakukan penindasan dan melanggar undang-undang antarabangsa adalah tindakan yang bertentangan dengan hak asasi manusia khususnya rakyat Palestin.

Beliau menegaskan bahawa keputusan Suruhanjaya AU bertentangan dengan komitmen tegas yang biasa dilakukan oleh beberapa ketua negara dan kerajaan Afrika yang secara tegas menyokong perjuangan Palestin.

Afrika Selatan adalah salah sebuah negara pertama yang mengecam daripada blok 55 negara mengenai keputusan AU.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here