18 kematian sebelum sempat tiba hospital di Kedah

0
18
Dr Mohd Hayati Othman

ALOR SETAR – Sebanyak 18 individu dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 sebelum sempat tiba di hospital (BID) di negeri ini sepanjang tempoh 25 Julai hingga 31 Julai.

Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri Kedah berkata, jumlah itu menurut Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (JKNK) adalah sebahagian daripada jumlah keseluruhan 31 kematian.

Beliaau berkata, selain faktor lambat mendapat rawatan, kes kematian BID itu juga melibatkan pesakit yang tidak bergejala.

Jelasnya, keadaan itu dirumitkan lagi dengan kehadiran varian baharu virus Covid-19 seperti varian Beta (varian Afrika Selatan) dan varian Delta (varian India) yang lebih cepat merebak dan lebih teruk.

“Virus ini bukan sahaja membahayakan golongan warga emas dan berisiko tinggi malahan juga golongan muda berumur bawah 40 tahun.

“Statistik terkini Covid-19 JKNK pada 31 Julai 2021 melaporkan sebanyak 1,389 kes baru, 45,631 jumlah keseluruhan dan 13,196 kes aktif di seluruh negeri Kedah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, Dr Mohd Hayati berkata, kes Covid-19 di negeri itu menunjukkan trend peningkatan dan dijangka berlarutan sehingga minggu pertama Ogos 2021.

Menurutnya, kerajaan Kedah menyeru kepada semua rakyat di negeri ini untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here