18,688 kes baharu Covid-19 semalam

0
12

CYBERJAYA – Jumlah kes baharu Covid-19 yang dikesan di seluruh negara sejak 24 jam yang lalu menurun kepada 18,688 kes berbanding 19,257 kes sehari sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini meningkat kepada 1,262,540 kes.

Menurutnya, Selangor merekodkan jangkitan tertinggi dengan 6,565 kes diikuti Kuala Lumpur (1,883), Kedah (1,610) dan Sabah (1,379).

Sementara itu, negeri lain yang masih mengekalkan jumlah kes melebihi 1,000 adalah Negeri Sembilan (1,140).

“Kelantan pula merekodkan sebanyak 870 kes baharu, Perak (861), Pulau Pinang (694), Pahang (602), Terengganu (598), Sarawak (581), Melaka (526), WP Putrajaya (63)
dan Perlis (6).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here