19,807 kes harian baharu Covid-19

0
18
Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Sebanyak 19,807 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes kumulatif positif Covid -19 negara sebanyak 1,555,093 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus merekodkan angka kes tertinggi iaitu sebanyak 5,379 kes dilaporkan.

“Diikuti, Sabah sebanyak 2,638 kes dan Kedah sebanyak 1,948 kes.

“Seterusnya, Sarawak (1,772 kes), Pulau Pinang (1,501 kes), Johor (1,391 kes), Kelantan (1,196 kes), Kuala Lumpur (999 kes), Perak (703 kes), Pahang (598 kes), Melaka (558 kes), Terengganu (534 kes) dan Negeri Sembilan (508 kes).

“Lain-lain, Perlis dengan 54 kes, Putrajaya (24 kes) dan Labuan (4),” katanya pada Facebook di sini hari ini.

Katanya, peningkatan kes itu menjadikan jumlah kes aktif di seluruh negara kini 262,255 dengan 1,026 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 496 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 232 kes kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes kini berjumlah 14,168 orang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here