2 orang terjatuh dari pesawat ketika cuba lari daripada Taliban

0
3022
Salah seorang rakyat Afghanistan yang jatuh daripada pesawat ketika melarikan diri

KABUL – Dua orang dipercayai rakyat Afghanistan terjatuh daripada sebuah pesawat yang sedang terbang tinggi ketika cuba melarikan diri daripada pemerintahan Taliban.

Dalam satu video berdurasi 10 saat yang disiarkan oleh agensi media, Asvaka kelihatan dua tubuh melayang jatuh dari ketinggian beratus kaki ketika kapal terbang itu baru berlepas dari Lapangan Terbang Kabul.

Terdahulu, ribuan rakyat Afghanistan lari ke lapangan terbang tersebut untuk melarikan diri selepas Taliban mengumumkan berjaya menawan seluruh Afghanistan selepas Kabul tumbang di tangan mereka semalam.

Ratusan rakyat Afghanistan cuba melarikan diri sehingga sanggup membahayakan nyawa sendiri.

Amerika Syarikat sebelum ini mengumumkan untuk menarik balik tentera mereka di Afghanistan sepenuhnya.

Misi perang Amerika di Afghanistan sudah berlarutan selama lebih 20 tahun.

Ia bermula selepas serangan 11 September 2001.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here