21,463 kes baharu, tolong kekal di rumah, dapatkan vaksin segera – Dr Noor Hisham

0
36
Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA – Sebanyak 21,468 kes baharu Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam yang lalu menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara kini sebanyak 1,363,683 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor terus menyumbang kes tertinggi iaitu 7,449 kes diikuti Kuala Lumpur (2,183), Kelantan (1,088), Negeri Sembilan (974), Johor (1,485), Sabah (1,654) dan Sarawak (715).

Peningkatan turut berlaku di Perlis apabila sebanyak 50 kes dikesan di negeri itu yang selama ini mengekalkan kes bawah dua digit.

Dalam pada itu, Dr. Hisham menasihatkan semua rakyat negara ini mengambil langkah pengasingan diri dan mendapatkan suntikan vaksin dengan segara bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 yang semakin meruncing.

Beliau juga menggesa orang ramai supaya tidak berhimpun dan mengurangkan pergerakan untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

“Manusia bergerak dan berhimpun. Virus tidak berhimpun tetapi terus merebak dan berjangkit apabila manusia bergerak dan berhimpun.

“Sebab itu kena kurangkan berhimpun dan pergerakaan kerana itu sahaja yang dapat memutuskan rantaian jangkitan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here