22,070 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini

0
32
Ujian saringan Covid-19

CYBERJAYA- Sebanyak  22,070 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan kumulatif kes ketika ini ialah 1,662,913 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 5,920 kes.

Dr. Noor Hisham berkata, Sabah pula merekodkan kes kedua tertinggi dengan sebanyak 3,010 kes dan diikuti Sarawak sebanyak 2,224 kes.

“Selain itu, Kedah (2,072 kes), Pulau Pinang (1,829 kes), Johor (1,809 kes), Kuala Lumpur (1,068 kes), Kelantan (1,051 kes), Perak (939 kes), Pahang (610 kes), Melaka (589 kes), Terengganu (488 kes) dan Negeri Sembilan (338 kes).

“Perlis pula (76 kes), Putrajaya (39 kes) dan Labuan (lapan kes),” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here